Monday, September 20, 2010

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan…

Oh Tuhan Maha Kuasa terima taubat hamba berdosa…

Setitis demi setitis airmata menerjah ke pipi…

Tegurannya menyebabkan aku tersentap kaku…

Ya Allah,betapa alpanya aku selama ini…

Hari-hari yang aku lalui,ku fikirkan ianya sebaik yang ku rancang..

Namun Kekuasaan-Mu mengatasi segalanya…

Dalam ketenangan Kau uji diri ini…

Dalam kebaikan ada kesilapan yang tak disedari…

Ku berterima kasih pada insan yang telah menyakitkan hati…

Yang menyedarkan aku akan kesilapan diri ini…

Sukar untuk ku luahkan betapa bersyukurnya diri ini…

Kadang-kala apabila ditegur secara lembut,kurang kesannya…

Mungkin ini lah cara yang sesuai dengan diriku…

Seorang yang tegas ditegur dengan pedas…

Mungkin yang penah alami akan memahami…

Terima kasih juga pada insan yang menenangkan hati…

Setiap nasihat dan kata-katanya sering mengingatkan diri ini kepada mati…

Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan mu…

Sepanjang kita bekerjasama,mungkin susah bagimu untuk memahami sikapku…

Tapi percayalah,aku tetap aku…

Tak suka marah dan dimarahi…

Tak suka bersikap kasar dan dikasari…

Tetapi untuk melaksanakan amanahku kepada Penciptaku,aku terpaksa…

Bertapa sukarnya untuk menjalani semua ini,kerana Allah aku tabahkan hati..

Aku harap kau mengerti…

Tiada apa yang kusimpan di dalam hati…

Maafkan segala salah dan silapku…

Semoga kita akan dipertemukan lagi,di medan perjuangan menabur bakti…