Monday, April 19, 2010

alhamdulillah...
masih lagi diberi nikmat iman dan islam...
kesihatan tubuh badan, dan nikmat persahabatan yg semakin erat...

teringat kata-kata amirah,sahabatku," masa yg tinggal berbaki hari ini gunakanlah sebaik mungkin...elakkan perselisihan faham,tingkatkan persefahaman dan kasih sayang..." tambahan dariku,hargailah insan-insan disamping kita sebelum dia meninggalkan kita sementara @pun selamanya...

buat insan yg teristimewa,terima kasih banyak-banyak kerana memenuhi hari-hariku dengan kenangan-kenangan indah...

final kini kian menghampiri kita semua...
ayuh sahabatku,marilah berjuang demi Islam...
jatuh bangun kita, menjurus kepada jatuh bangun Islam...
kita lah penyambung jalan dakwah...

Tuesday, April 13, 2010

s@H@B@T

salam terindah buat yang teristimewa...
coretan ini khas buatmu...

putaran kehidupan yang pasti dan pasti akan berlaku...

siang bertukar malam,malam bertukar siang...

yang kecil akan dewasa,dan sampai masanya akan meninggalkan kita...

begitu jua dengan pertemuan yang bakal menemui perpisahan...

namun,perpisahan di dunia hanya sementara...

di akhirat kelak dipertemukan semula...

ketahuilah bahawa aku amat menghargai persahabaatn ini...

tidak dapat diluahkan dengan kata-kata,

tidak dapat digambar dengan perbuatan,

hanya yang termampu doaku agar dipertemukan di syurga-Nya kelak...

aku tidak minta apa-apa darimu,

cukuplah sekadar ingatan bahawa kita pernah bersama,

walaupun kenangan secebis cuma,

tapi bagiku ianya sangat-sangat bermakna...

maaf andainya disepanjang kita bersama,

membuat hatimu terluka,

ketahuilah bahawa aku insan biasa,

yang lemah lagi hina,

hanya Allah yang Maha Sempurna...

A.S.A.K.A






sEm 3

Bak kate pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit...semakin lama aku mengenalinya, semakin tinggi pemahamanku kepadanya...daripada taaruf menjadi tafahum...faham tak sebenar faham lagi lah,sikit-sikit baru...orangnya nampak je kasar tapi dalam hatinya taman berbunga...huhuhu...jangan marah ye...sejarah terdahulu membuatku tidak gemar mempunyai kawan rapat...alkisahnya kerana semasa aku berada di sekolah menengah aku mempunyai 3 orang kawan baik dan akhirnya kami terpisah semasa di tingkatan 4...perpisahan itu membuatkan aku serik untuk rapat ngan orang len...aku mula hidup berdikari seorang diri ke sana ke mari,yang ada hanyalah kawan di siang hari,kawan sekelas...aku memilih untuk keseorangan...dalam pertengahan buan lapan 2009 barulah aku tahu bahawa aku dan dirinya mempunyai persamaan iaitu.....(biarlah rahsia)...sejak itu aku mula untuk memenuhi ruang-ruang kosong kesunyian...tidak mustahil anda akan merasa kesunyian walaupun anda mempunyai kawan yang ramai...bila mengenangkan kata-katanya semula,hatiku menjadi sayu dan sentiasa tertanya-tanya adakah sampai kini hatinya merasa begitu...(kepada yg berkenaan,jawab jgn tak jawab)...persamaan demi persamaan membuatkan aku sangat mengkagumi ciptaan Ilahi,betapa hebatnya Dia yang mencipta...aku yakin bahawa pasangan kembar sekalipun tidak akan melalui pengalaman yang sama...bersambung

Sunday, April 11, 2010

sambungan Cerita

salam terindah buat sidang pembaca...
bertemu kembali dalam episod yanng seterusnya... cerita ini terjadi ketika aku dipenghujung sem di bahagian dua...terbaca aku di board utama di kolej kediaman tawaran menjadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej,namun tidak pernah terdetik ingin menyertainya... setelah sibuk dengan persiapan peperiksaan final, tup...tup...datang kepadaku sekeping borang untuk aku isi..aku menjadi berbelah bahagi, padaku matlamat utama datang ke uitm adalah untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran...keputusan ini aku ambil setelah aku membuat keputusan untuk keluar dari sistem pengajian matrikulasi selepas satu sem belajar di sana...namun apakan daya, Allah Maha Berkuasa...setiap apa perancangan yang kita lakukan tidak akan terlaksana tanpa izin dari-Nya...dibukakan pintu hati oleh-Nya, aku tiba-tiba menerima tawaran tersebut. tambahan pula disertakan bukti yang kukuh bahawa menjadi JPK bukan penghalang kepada sebuah kejayaan...ada je JPK yang dapat 4.00 dan maintain 3.00 ke atas,so why not me??? aku berpendapat...daripada seorang pelajar biasa,kini aku menjadi seorang pelajar luar biasa di mana penuh cabaran disekeliling... tambahan pula,sebagai JPK kamilah yang merancang dan melaksanakan program untuk semua pelajar...berat amanah itu kerana baik yang kami beri maka baiklah yang kami dapat,tetapi jika sebaliknya maka buruklh balasannya...berpandukan tunjuk ajar dari insan tersayang, maka tugasku menjadi lebih mudah...selalu berfikiran positif untuk membuat kebaikan,Insya-Allah akan dipermudahkan oleh-Nya....bersambung

Friday, April 9, 2010

9 april 2010 (SEBULAN LAGI???)

hari ini merupakan permulaan hari yang menunjukkan bahawa tinggal lagi SEBULAN untuk aku menghabiskan sisa-sisa terakhir bersama insan tersayang di sini (di mana???),tentunya di kampus khazanah alam enterprise...pertemuan yang dirancang oleh-Nya jua akan menuntut perpisahan yang diatur-Nya jua...tapi apakan daya,detik itu akan tiba jua...cuma masa,tempat dan keadaan sahaja yang belum pasti... tetapi semakin berkurangnya hari, semakin bertambah banyak merajuk dan marahnya antara kami...semoga ianya menjadi kenangan ketika berpisahnya kami nanti...semakin hampir dengan exam, semakin banyak meeting dan program yang menghendaki aku pergi...dan benda-benda inilah yang menyebabkan aku kurang masa menemani dia...mungkin dia terasa...mintak maaf sangat-sangat...apa yang ku pinta darimu, udah-udah la merajuk,memendekkan masa untuk kita bersama mencoret kenangan yang indah...sampai sini sahaja untuk kali ni...da x tahan,airmata dah kuar nie...huhuhu...adiosssssssss...wassalam...

pertemuan yang dirancang oleh-Nya

Terdetik di hatiku buat pertama kali terjumpanya "ish...ganaz tol dak ni,da la pakai tudung labuh,main bola tampar lak...hebat...hebat..."...kali pertama melihat wajahnya di court bola tampar dan ketika itu aku di bahagian satu cuma...wajahnya sentiasa segar diingatanku sehinggalah Allah mentakdirkan aku mengenalinya dengan lebih rapat...pada jam 3pagi disuatu hari ketika aku di bahagian 2 merupakan satu detik yang amat membunga-bungakan hatiku...setelah beberapa minit kawan sebilik yang terlebih dahulu mengenalinya membeitu bahawa dia tidak berapa sihat,tup-tup pintu bilik kami diketuk beberapa kali...pintu dibuka, kulihat riak wajah yang tersenyum mesra tercegat di hadapan pintu...perlahan-lahan kakinya melangkah masuk menuju ke arah kawanku...terdetik di hatiku ketika itu"Ya Allah,indahnya persahabatan..sesungguhnya aku amat mencemburuinya"...sejak itu,aku bernekad untuk cuba menjadi yang terbaik kepada orang len(semoga Allah membantuku)...walaupun aku tidak pernah mengenalinya,tetapi aku dapat merasakan seolah-olah telah mengenalinya bertahun-tahun yang lalu...sejak detik itu kami menjadi semakin akrab kerana dia sering mengunjungi teratak usang kami (b432)...sem 2 merupakan detik awal perkenalan antara aku denganny...wassalam...bersambung...

Thursday, April 8, 2010

salam pertemuan.....


Alhamdulillah..setelah hampir sebulan merancang,akhirnya blog ini dapat dihasilkan. Blog ini ku tujukan khas buat sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu di kala susah mahupun senang. Bersamanya, ku kenal erti persahabatan,erti perjuangan dan pengorbanan...sahabat yang amat memahami...ketahuilah bahawa perjalanan hidup kita di sini serupa...kesedihan,kegembiraan,kesakitan yang kau lalui,aku juga lalui...cuma yang berbeza adalah zaman,serta orang-orang disekeliling yang semakin tidak memahami tugas kita sebagai pencinta agama...tiada hadiah yang lebih bernilai bagiku melainkan seorang sahabat sejati yang cinta mereka kerana Allah..berpisahnya kita kerana cita-cita bukan bermakna terpisah untuk selamanya...tetapi berpisah sementara di alam nyata semoga dipertemu semula di syurga yang kekal abai...insya-Allah...sekadar ini coretan utama sebagai pembuka bicara untuk kalam yang seterusnya...wassalam...