Thursday, April 8, 2010

salam pertemuan.....


Alhamdulillah..setelah hampir sebulan merancang,akhirnya blog ini dapat dihasilkan. Blog ini ku tujukan khas buat sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu di kala susah mahupun senang. Bersamanya, ku kenal erti persahabatan,erti perjuangan dan pengorbanan...sahabat yang amat memahami...ketahuilah bahawa perjalanan hidup kita di sini serupa...kesedihan,kegembiraan,kesakitan yang kau lalui,aku juga lalui...cuma yang berbeza adalah zaman,serta orang-orang disekeliling yang semakin tidak memahami tugas kita sebagai pencinta agama...tiada hadiah yang lebih bernilai bagiku melainkan seorang sahabat sejati yang cinta mereka kerana Allah..berpisahnya kita kerana cita-cita bukan bermakna terpisah untuk selamanya...tetapi berpisah sementara di alam nyata semoga dipertemu semula di syurga yang kekal abai...insya-Allah...sekadar ini coretan utama sebagai pembuka bicara untuk kalam yang seterusnya...wassalam...