Friday, April 9, 2010

pertemuan yang dirancang oleh-Nya

Terdetik di hatiku buat pertama kali terjumpanya "ish...ganaz tol dak ni,da la pakai tudung labuh,main bola tampar lak...hebat...hebat..."...kali pertama melihat wajahnya di court bola tampar dan ketika itu aku di bahagian satu cuma...wajahnya sentiasa segar diingatanku sehinggalah Allah mentakdirkan aku mengenalinya dengan lebih rapat...pada jam 3pagi disuatu hari ketika aku di bahagian 2 merupakan satu detik yang amat membunga-bungakan hatiku...setelah beberapa minit kawan sebilik yang terlebih dahulu mengenalinya membeitu bahawa dia tidak berapa sihat,tup-tup pintu bilik kami diketuk beberapa kali...pintu dibuka, kulihat riak wajah yang tersenyum mesra tercegat di hadapan pintu...perlahan-lahan kakinya melangkah masuk menuju ke arah kawanku...terdetik di hatiku ketika itu"Ya Allah,indahnya persahabatan..sesungguhnya aku amat mencemburuinya"...sejak itu,aku bernekad untuk cuba menjadi yang terbaik kepada orang len(semoga Allah membantuku)...walaupun aku tidak pernah mengenalinya,tetapi aku dapat merasakan seolah-olah telah mengenalinya bertahun-tahun yang lalu...sejak detik itu kami menjadi semakin akrab kerana dia sering mengunjungi teratak usang kami (b432)...sem 2 merupakan detik awal perkenalan antara aku denganny...wassalam...bersambung...