Saturday, June 19, 2010

Doa dari seorang sahabat:

Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...

Friday, June 11, 2010

taaruf???

sepanjang kite bersama di bumi jengka sungguh sedikit pengetahuanku tentang dirimu teman....
tentang dirimu...keluargamu...


sehinggakan pada detik kamu berbual-bual berama adikku hakimi,barulah diri ini menyedari hakikat sebenar taaruf. taaruf bukan sekadar tahu tarikh lahir,no telefon,alamat rumah,warna kegemaran,makanankegemaran,cita-cita.....
jika kita selami makna taaruf yg sebenarnya dan melaksanakannya nescaya kita mampu meletakkan diri kita ditempat insan tersebut ketika susah,senang dan dalam apa jua keadaan...


ada kalanya ego menguasai diri, kita mahu orang memahami diri kita...tapi bagaimana dengan kita??? adakah kita betol2 memahami diri insan2 disekeliling kita...
adakalanya kita sering menyalahkan orang lain kerana tindakannya pada kita...tapi pernah tak kita sedar bahawa ianya adalah demi kebaikkan kita juga...


taaruf lah yg membawa kepada kefahaman...
sesungguhnya setiap insan itu berbeza ...maka taaruflah untuk memahaminya...
sesungguhnya setiap manusia ada kelemahan...maka taaruflah untuk memperbaikinya...
sesungguhnya setiap insan ada pengalaman masing2...maka taaruflah untuk mengetahui dan mengambil iktibar darinya...


selagi ada masa...
selagi kredit masih ada...
selagi YM masih boleh dibuka...
selagi laptop didepan mata...
TAARUFlah....

wassalam...

Tuesday, May 25, 2010

detik 9 mei 2010 akhirnya telah tiba....
maka terpisahlah secara rasmi antara kita di tempat yg penuh dengan kenangan...
satu sem yg sgt bermakna bagiku...
ingat x sumenye ada...gaduh,gembira,marah,sakitlmerajuk...sume ada...semoga ianya kekal bersemadi dalam ingatan....
pasni...kau di sana n aku tetap di sini...menghitung hari2 yg bakal dilalui setelah byk perubahan berlaku...tiada lagi peneman setia yg sanggup berpanas di tepi tasik khusyuk memancing, tiada lagi rumate yg slalu membebel kerana x makan, tiada lg insan yg merajuk kerana ditinggalkan...yg tinggal hylah kenangan...
rumate....
aritu along g umah kakcik...
pagi tu tengok kakcik khusyuk memasak,datang la si kak ngah...hepi sgt tengok dorang sama2 memasak kat dapur,macam kite berdua dulu masa along g umah kamu...sengaja je xnak tolong dorang kat dapur, dengan harapan dorang akan mencipta kenangan yg sama menghabiskan masa didapur....
seronok kan masa tu....kite wat kek batik,kek coklat n popia...walaupun cume seketika tp tu la masa yg sgt berharga....bak kata hassan al-banna "cukuplah sekadar masa yg sedikit tapi berkualiti berbanding masa yg banyak tp tidak berkualiti"...sejak itulah along berazam untuk menghabiskan sebaik mungkin masa dengan kamu....
maaf tau kalo sepanjang kite bersama along x jaga kamu dengan baik....
syukur kepada Dia kerana kurniakan adik pompuan yg sgt comel n penyayang seperti kamu...
along sayang kamu...A.S.A.K.A....

Monday, April 19, 2010

alhamdulillah...
masih lagi diberi nikmat iman dan islam...
kesihatan tubuh badan, dan nikmat persahabatan yg semakin erat...

teringat kata-kata amirah,sahabatku," masa yg tinggal berbaki hari ini gunakanlah sebaik mungkin...elakkan perselisihan faham,tingkatkan persefahaman dan kasih sayang..." tambahan dariku,hargailah insan-insan disamping kita sebelum dia meninggalkan kita sementara @pun selamanya...

buat insan yg teristimewa,terima kasih banyak-banyak kerana memenuhi hari-hariku dengan kenangan-kenangan indah...

final kini kian menghampiri kita semua...
ayuh sahabatku,marilah berjuang demi Islam...
jatuh bangun kita, menjurus kepada jatuh bangun Islam...
kita lah penyambung jalan dakwah...

Tuesday, April 13, 2010

s@H@B@T

salam terindah buat yang teristimewa...
coretan ini khas buatmu...

putaran kehidupan yang pasti dan pasti akan berlaku...

siang bertukar malam,malam bertukar siang...

yang kecil akan dewasa,dan sampai masanya akan meninggalkan kita...

begitu jua dengan pertemuan yang bakal menemui perpisahan...

namun,perpisahan di dunia hanya sementara...

di akhirat kelak dipertemukan semula...

ketahuilah bahawa aku amat menghargai persahabaatn ini...

tidak dapat diluahkan dengan kata-kata,

tidak dapat digambar dengan perbuatan,

hanya yang termampu doaku agar dipertemukan di syurga-Nya kelak...

aku tidak minta apa-apa darimu,

cukuplah sekadar ingatan bahawa kita pernah bersama,

walaupun kenangan secebis cuma,

tapi bagiku ianya sangat-sangat bermakna...

maaf andainya disepanjang kita bersama,

membuat hatimu terluka,

ketahuilah bahawa aku insan biasa,

yang lemah lagi hina,

hanya Allah yang Maha Sempurna...

A.S.A.K.A






sEm 3

Bak kate pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit...semakin lama aku mengenalinya, semakin tinggi pemahamanku kepadanya...daripada taaruf menjadi tafahum...faham tak sebenar faham lagi lah,sikit-sikit baru...orangnya nampak je kasar tapi dalam hatinya taman berbunga...huhuhu...jangan marah ye...sejarah terdahulu membuatku tidak gemar mempunyai kawan rapat...alkisahnya kerana semasa aku berada di sekolah menengah aku mempunyai 3 orang kawan baik dan akhirnya kami terpisah semasa di tingkatan 4...perpisahan itu membuatkan aku serik untuk rapat ngan orang len...aku mula hidup berdikari seorang diri ke sana ke mari,yang ada hanyalah kawan di siang hari,kawan sekelas...aku memilih untuk keseorangan...dalam pertengahan buan lapan 2009 barulah aku tahu bahawa aku dan dirinya mempunyai persamaan iaitu.....(biarlah rahsia)...sejak itu aku mula untuk memenuhi ruang-ruang kosong kesunyian...tidak mustahil anda akan merasa kesunyian walaupun anda mempunyai kawan yang ramai...bila mengenangkan kata-katanya semula,hatiku menjadi sayu dan sentiasa tertanya-tanya adakah sampai kini hatinya merasa begitu...(kepada yg berkenaan,jawab jgn tak jawab)...persamaan demi persamaan membuatkan aku sangat mengkagumi ciptaan Ilahi,betapa hebatnya Dia yang mencipta...aku yakin bahawa pasangan kembar sekalipun tidak akan melalui pengalaman yang sama...bersambung

Sunday, April 11, 2010

sambungan Cerita

salam terindah buat sidang pembaca...
bertemu kembali dalam episod yanng seterusnya... cerita ini terjadi ketika aku dipenghujung sem di bahagian dua...terbaca aku di board utama di kolej kediaman tawaran menjadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej,namun tidak pernah terdetik ingin menyertainya... setelah sibuk dengan persiapan peperiksaan final, tup...tup...datang kepadaku sekeping borang untuk aku isi..aku menjadi berbelah bahagi, padaku matlamat utama datang ke uitm adalah untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran...keputusan ini aku ambil setelah aku membuat keputusan untuk keluar dari sistem pengajian matrikulasi selepas satu sem belajar di sana...namun apakan daya, Allah Maha Berkuasa...setiap apa perancangan yang kita lakukan tidak akan terlaksana tanpa izin dari-Nya...dibukakan pintu hati oleh-Nya, aku tiba-tiba menerima tawaran tersebut. tambahan pula disertakan bukti yang kukuh bahawa menjadi JPK bukan penghalang kepada sebuah kejayaan...ada je JPK yang dapat 4.00 dan maintain 3.00 ke atas,so why not me??? aku berpendapat...daripada seorang pelajar biasa,kini aku menjadi seorang pelajar luar biasa di mana penuh cabaran disekeliling... tambahan pula,sebagai JPK kamilah yang merancang dan melaksanakan program untuk semua pelajar...berat amanah itu kerana baik yang kami beri maka baiklah yang kami dapat,tetapi jika sebaliknya maka buruklh balasannya...berpandukan tunjuk ajar dari insan tersayang, maka tugasku menjadi lebih mudah...selalu berfikiran positif untuk membuat kebaikan,Insya-Allah akan dipermudahkan oleh-Nya....bersambung